Harga Baja Kimia Naik Mendadak Akibat Konflik Rusia-Ukraine
Sejak tercetus konflik antara Rusia dengan Ukraine, pengeluaran dan pembekalan baja kimia di dunia terjejas, dan harga baja kimia naik mendadak ekoran peningkatan sekatan oleh negara-negara Barat khususnya Amerika Syarikat (AS) terhadap Rusia.
Rusia merupakan negara pengeksport baja kimia utama di dunia, dan juga negara sumber import baja kimia ketiga terbesar bagi Thailand. Thailand sebagai negara pengeluar bahan makanan utama di dunia, turut mengalami tempias teruk khususnya rantai bekalan produk pertaniannya.
Presiden Persatuan Baja dan Perdagangan Pertanian Thailand menyatakan bahawa mereka tidak dapat mengimport baja kimia dari Rusia, aktiviti pertanian banyak terjejas, dan kehidupan rakyat akan menjadi susah.
Kenaikan harga baja kimia hanya epitome kenaikan harga barang kegunaan harian di Thailand. Konflik Rusia-Ukraine yang mengakibatkan pergolakan harga sumber tenaga di pasaran antarabangsa turut menimbulkan kenaikan harga petrol dan disiel, elektrik, serta makanan di negara itu.