Biden Tegaskan Sokongannya kepada Ukraine

2022-03-25 13:01:39  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan menyampaikan kenyataan pada Khamis, menegaskan sokongannya kepada Ukraine dan komitmen untuk meningkatkan hubungan bersekutu NATO.

Biden berkata, dalam beberapa minggu lalu, AS telah mengumumkan pemberian bantuan pertahanan baharu bernilai USD1 bilion kepada Ukraine, di samping mengalu-alukan negara sekutu NATO terus memberikan sokongan defensif kepada negara itu.

Menurut Biden, peningkatan pertahanan kolektif NATO telah dibincangkan dalam sidang kemuncak itu, khusnys di kawasan timur NATO. Pertubuhan itu akan membuat pelan untuk menambah kekuatan ketenteraan dan memperkuat daya berperang demi peningkatan daya pertahanan kolektif pakatan itu.