Xi Berhubung dengan Perdana Menteri Britain

2022-03-26 15:16:21  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping berhubung dengan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson melalui telefon Jumaat lalu.

Xi Jinping menyatakan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 ikatan diplomatik peringkat duta China-Britain. Sejak setengah abad lalu, hubungan dua hala berkembang baik secara amnya walaupun pernah mengalami masalah. Nilai perdagangan kedua-dua negara melebihi USD100 bilion berbanding USD300 juta pada mulanya. Sementara itu, jumlah simpanan pelaburan dua hala mencatat lebih USD50 bilion daripada hampir sifar. Pada tahun lalu, nilai perdagangan dua hala mencipta rekod baharu dan pelaburan China ke Britain meningkat dua kali ganda. Kedua-dua negara juga bekerjasama dalam pembangunan global, perubahan iklim dan lain-lain, sehingga menyumbang besar dalam usaha menangani cabaran bersama umat manusia.     

Boris Johnson berkata, hubungan Britain dengan China amat penting. Kedua-dua negara merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), mempunyai kepentingan bersama dalam pelbagai isu. Britain bersedia mengadakan dialog dengan China, meningkatkan komunikasi dan kerjasama, memperluas kerjasama ekonomi dan perdagangan, meningkatkan penyelarasan dalam perubahan iklim, biodiversiti dan isu-isu hangat antarabangsa.