"Bekas NATO" Tak Patut Kembali!

2022-03-26 15:09:31  CRI
Share with:

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menerbitkan gambar pemimpin Amerika Syarikat(AS) dan Eropah yang menyertai sidang kemuncak NATO di portalnya pada Khamis lalu. Lokasi yang direka dengan baik dan sudut mengambil foto, setiap perincian seolah-olah mengeluarkan mesej bahawa "bekas NATO" sudah kembali. Presiden AS Biden juga tidak sabar untuk mengisytiharkan bahawa NATO adalah "kuat dan bersatu" seperti dahulu.

Adakah ia benar? Sebarang pengubahsuaian ke atas gambar itu tidak dapat menyembunyikan "krisis kesahihan" pakatan tentera terbesar di dunia itu serta perpecahan dalamannya. Sebagai produk Perang Dingin, "bekas NATO" tidak patut kembali!

Bagi AS, NATO adalah alat pentingnya untuk menjalankan politik blok dan mengekalkan hegemoni. Walau bagaimanapun, perselisihan yang sukar dirungkai antara AS dan Eropah menyukarkan NATO untuk meneruskan langkah selaras dengan AS.

Ambil isu Ukraine sebagai contoh. Walaupun mereka menyokong sikap keras terhadap Rusia, namun kepentingan AS dan Eropah adalah berbeza. Bagi Eropah, keselamatan tenaga hanya boleh benar-benar terjamin jika krisis Ukraine diselesaikan secara aman secepat mungkin. AS tahu hakikat ini, tetapi tidak cemas seperti Eropah. Dan bagaimana dengan AS? Ia masih berlakon sebagai "pemimpin" dunia Barat, terus memaksa negara sekutunya untuk "mengekang" Rusia secara menyeluruh, mengikat Eropah dengan perang, hingga membolehkan dirinya memperoleh keuntungan dan mengekalkan hegemoni.

Seperti yang dinyatakan Ken Stone, ketua Hamilton Armistice Alliance, sebuah organisasi antiperang di Kanada, NATO ialah sebuah organisasi ketenteraan yang agresif yang dipimpin oleh AS. Menurut piagam NATO sendiri, pakatan itu telah hilang makna kewujudannya.

AS tidak dapat mendominasi dunia, dan Eropah adalah "Eropah milik warga Eropah". Konflik Rusia-Ukraine telah berlarutan selama lebih sebulan, dan semakin ramai orang berfikir bahawa apakah punca krisis Ukraine? Dalang tidak berikhlas mempromosikan penyelesaian damai krisis Ukraine, dan masih memikirkan untuk mengorbankan kepentingan orang lain demi memenuhi kepentingan diri. Adakah AS layak mendapat kepercayaan sekutu Baratnya?