China Sokong ASEAN Selesaikan Isu Myanmar dengan Kaedah Sendiri

2022-03-26 15:20:07  CRI
Share with:

China menyokong ASEAN menangani isu Myanmar dengan kaedahnya sendiri.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin ketika mengulas mengenai Utusan Khas ASEAN dalam isu Myanmar mengadakan lawatan pertama ke negara itu.

Wang berkata, lawatan utusan khas ASEAN ke Myanmar merupakan langkah penting dalam pelaksanaan lima konsensus bersama ASEAN. China menyokong pertubuhan tersebut menangani isu Myanmar dengan kaedahnya sendiri, menyokong negara pengerusi bergilir ASEAN, iaitu Kemboja memainkan peranan positif untuk menyelesaikan perselisihan pelbagai pihak di Myanmar melalui dialog politik, menyumbang kepada pemulihan kestabilan dan pembangunan negara itu.

Utusan Khas ASEAN dalam isu Myanmar, iaitu Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn mengadakan lawatan kerja ke Myanmar pada 21 hingga 23 Mac. Ia merupakan julung kali lawatan utusan khas ASEAN ke negara tersebut.