Forum Doha Ke-20 Dirasmikan

2022-03-27 15:46:31  CRI
Share with:

Forum Doha ke-20 membuka tirainya di Doha, ibu negara Qatar pada Sabtu. Pemimpin dan pegawai kanan dari beberapa negara termasuk Emir Qatar, Tamim Bin Hamad Al Thani, Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu dan Menteri Luar Arab Saudi, Pangeran Faisal bin Farhan Al-Saud menghadiri upacara perasmian forum tersebut.

Forum bertemakan "transform untuk era baharu" akan berlangsung selama dua hari. Para peserta akan mengadakan perbincangan tentang empat topik iaitu pakatan geopolitik dan hubungan antarabangsa; sistem kewangan dan pembangunan ekonomi; pertahanan, internet dan sekuriti makanan; serta perubahan iklim dan pembangunan mampan.

Lebih 100 orang ahli politik, usahawan dan sarjana akan membincang pelan untuk menangani cabaran global termasuk perubahan iklim, pandemik COVID-19, hak dan kepentingan wanita, serta krisis pelarian.