Palestin Gesa AS Tepati Janji

2022-03-28 12:03:59  CRI
Share with:


Masyarakat antarabangsa tidak boleh berdiam diri terhadap apa yang berlaku pada Palestin.

Demikian ujar Presiden Palestin Mahmoud Abbas semasa pertemuan bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken di bandar Ramallah, Tebing Barat pada Ahad.

Abbas menyatakan, situasi semasa di Eropah jelas memperlihatkan amalan dwistandard, sedangkan jenayah penjajahan ke atas wilayah Palestin oleh Israel masih diabaikan.

Beliau menggesa pemerintahan Biden supaya menepati janji dalam menyokong “penyelesaian dua negara” dengan menghalang aktiviti penempatan Israel dan membuka semula konsulat jeneral AS di Baitulmuqaddis.

Dalam pada itu, Blinken mengulangi komitmen AS terhadap formula “penyelesaian dua negara” dan berjanji akan menyumbang ke arah memperbaiki hubungan dengan Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PNA) dan rakyat berkenaan.