Qieyang Shijie, Pemenang Pingat Emas Olimpik Pertama dari Etnik Tibet

2022-03-28 12:30:36  CRI
Share with:

Minggu lalu, World Athletics mengumumkan bahawa atlet lumba jalan kaki dari China, Qieyang Shijie dinobatkan sebagai pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2012 London.

 

Ia susulan atlet Rusia, Elena Lashmanova dan Olga Kaniskina didapati telibat dalam salah guna dadah, sekali gus membatalkan pingat emas dan perak yang diperoleh mereka.

 

Dengan itu, Qieyang Shijie, 31, secara automatiknya menjadi atlet etnik Tibet pertama yang memiliki pingat emas Sukan Olimpik!

 

Ketika mendengar berita ini, beliau sedang berlatih di Itali. Selepas London, beliau telah dua kali menyertai Sukan Olimpik mewakili China. Bagi Qieyang Shijie, sukan itu membawa banyak kegembiraan, tapi agak sedikit ralat kerana tidak dapat mendakap emas sebagai sang juara di dalam stadium.


 

Tatkala pemenang pingat emas pertama etnik Tibet sedang menikmati kejayaan, namun bagi puak Indian di Amerika, memenangi pingat Olimpik bukan kenangan yang manis.

 

Sedikit sejarah, pada Sukan Olimpik 1912, Lewis Tewanima menjadi pemenang pingat perak pertama dalam kategori lumba jalan kaki 10 ribu meter. Walaupun berjaya merangkul perak, namun tiada langsung senyuman yang kelihatan.

 

Pada tahun 1906, Lewis Tewanima yang baru 18 tahun ditahan oleh tentera Amerika dari tanah rizab Indian dan dihantar ke Sekolah Industri Indian Carlisle di Pennsylvania.

 

Betul, sekolah ini sama dengan pelbagai sekolah Indian yang didapati telah mengorbankan ribuan kanak-kanak di Kanada baru-baru ini. Tujuannya untuk memusnahkan budaya Indian selepas pembunuhan besar-besaran terhadap kaum minoriti ini di Amerika.

 

Di sana, bakat Tewanima terserlah dan beliau dipaksa melatih untuk mewakili Amerika menyertai pertandingan antarabangsa. Manakala lebih 40 ribu kanak-kanak biasa dari puak Indian dianggarkan mati dalam sekolah-sekolah pendidikan semula macam ini.

 

Setelah memenangi pingat perak Olimpik, Tewanima dipromosi sebagai teladan “mentamadunkan puak gasar”. Bagaimanapun, Tewanima menolak mewakili Amerika menyertai pertandingan lain, bahkan menolak bertutur bahasa Inggeris, dan sebaliknya memilih untuk kembali ke puaknya.

 

Jim Thorpe atau nama aslinya Wa-Tho-Huk juga terpilih dalam Sekolah Industri Indian Carlisle untuk menyertai Sukan Olimpik 1912 dan berjaya memenangi pingat emas acara pentatlon dan fila dekatlon.

 

Ini menjadikannya pribumi pertama di Amerika yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik.

 

Meskipun kita dah sedar bahawa nama asli mereka pun telah dirampas, tapi disebabkan identitinya sebagai orang Indian tidak diterima oleh pihak rasisme, pingat emasnya dirampas untuk dihadiahkan kepada atlet yang menduduki tangga kedua.

 

Bagaimanapun, atlet itu berpendapat Jim Thorpe adalah juara yang sebenar, dan menolak untuk menerima pingat emas. Oleh itu, pingat emas tersebut disimpan dalam muzium hingga 1982 sebelum dikembalikan kepada anak perempuan Jim Thorpe.