1 Maut, 4 Cedera Letupan Kapal Tangki di Thailand

2022-03-28 11:47:15  CRI
Share with:

Seorang maut dan empat cedera apabila sebuah kapal tangki meletup di Sungai Chao Phraya, Samut Prakan, Thailand pada petang Ahad.


Kapal Thailand itu membawa 3.2 juta liter minyak mentah berserta 17 anak kapal.


Selepas insiden berlaku, jabatan berkaitan serta-merta mengerahkan bot bomba untuk memadamkan kebakaran, dan petugas perubatan turut menghantar mangsa cedera ke hospital.


Difahamkan, kapal itu sedang hanyut menghala ke muara Teluk Thailand, dan kebakarannya sudah reda.


Punca letupan masih belum dikenal pasti buat masa ini.