Negara Barat, AS, Pencetus Keadaan Buruk Asia Barat

2022-03-28 13:45:35  CRI
Share with:

Lebih seratus individu yang terdiri daripada ahli politik, ekonomi dan ilmuwan pelbagai negara telah bersama-sama membincangkan kaedah tadbir urus dan cabaran dalam lingkungan sejagat ketika berlangsungnya Forum Doha ke-20 pada Sabtu dan Ahad.

 

Sebilangan besar peserta turut mengecam negara Barat termasuk Amerika Syarikat (AS) yang melancarkan perang di kawasan Asia Barat, sekali gus mendatangkan kesengsaraan serius kepada penduduk tempatan.

 

Mereka berpendapat bahawa blok Barat yang diketuai AS adalah pencetus kekacauan dan punca kepada keadaan memburuk di negara Asia Barat.

 

Izra Saleh, pelarian Palestin yang menyertai forum itu berkata, AS tidak pernah mengambil tanggungjawab dan sering membuat keputusan untuk melancarkan atau mengakhiri perang mengikut kepada kepentingan sendiri.

 

"AS yang menemui kegagalan dalam perang Afghanistan dilihat sentiasa menekankan tentang kerugian besar dialami pihaknya, tetapi hanya menutup mata terhadap kesengsaraan besar rakyat Afghansitan," ujar beliau.

 

Selain itu, terdapat peserta yang berpendapat bahawa media AS dan negara Barat lain telah mengambil sikap berbeza berbanding dengan krisis Syria, Iraq dan Afghanistan selepas tercetusnya krisis Ukraine.

 

Menurut mereka, ia secara tidak langsung mendedahkan sifat prasangka dan perlakuan dwi standard blok AS dan negara Barat.