Sokongan Terhadap Biden Merosot

2022-03-28 11:13:23  CRI
Share with:

Kadar sokongan terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menurun kepada 40 peratus, paling rendah sejak beliau menyandang jawatan tersebut pada Januari 2021.

Menurut keputusan tinjauan pendapat disiarkan pada Ahad, sebanyak 55 peratus rakyat AS tidak bersetuju dengan prestasi Biden sebagai presiden, manakala 70 peratus lagi tidak yakin terhadap keupayaannya dalam mengendalikan konflik antara Rusia dan Ukraine serta negara Barat lain.