Eropah Perlu Waspada Tikam Belakang

2022-03-29 15:06:18  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah mengakhiri lawatannya selama tiga hari ke Eropah dan kembali ke Washington pada Ahad.


Memetik laman web "Politico" AS sebagai berkata, kunjungan Biden kali ini tidak memberi sebarang jawapan spesifik untuk menyelesaikan krisis Ukraine.


Sebaliknya, siri tuntutan berhubung tenaga dan keselamatan ketenteraan yang dikemukakan AS bukan sahaja gagal menangani masalah didepani Eropah buat masa ini, bahkan mengapi-apikan ketegangan di Ukraine.


Dunia juga gempar apabila Biden mendakwa Presiden Rusia, Vladimir Putin "tidak boleh terus berkuasa" ketika berpidato di Warsaw, Poland.


Meskipun Rumah Putih segera tampil membetulkan 'salah cakap' itu, namun ia turut mendedahkan muslihat sebenar Washington, iaitu mengekang Rusia, melemahkan Kesatuan Eropah (EU) serta mengekalkan hegemoninya dengan memperguna krisis Ukraine.


Sehubungan itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron menekankan bahawa negaranya mahu melihat pihak-pihak terbabit mencapai gencatan senjata dan pengunduran tentera menerusi saluran diplomatik.


"Kami tidak boleh membiarkan situasi terus meruncing, baik pertikaman lidah ataupun tindakan," ujarnya.


Kenyataan tersebut turut menunjukkan wujudnya percanggahan besar antara AS dengan Eropah dalam menangani konflik Rusia-Ukraine.


Tatkala Eropah mendepani tekanan lonjakan harga minyak dan gas, AS masih asyik menjual gas asli cecair (LNG) kepada EU, berniat meraih faedah maksimum daripadanya sambil terus "menculik" Eropah.


Dalam logik kuasa hegemoni, hanyalah AS diberi prioriti, tiada rakan sekutu.


Bagi Eropah, keselamatan sebenar adalah bergantung kepada pembinaan landskap keselamatan serantau yang seimbang, efisien dan mampan.