Kerjasama Buruh Thailand, Arab Saudi Disambung Semula

2022-03-29 13:15:05  CRI
Share with:

Kerjasama buruh antara Thailand dan Arab Saudi disambung semula bermula bulan ini, selepas terputus selama lebih 30 tahun.

Selaku destinasi paling digemari buruh Thailand, Arab Saudi pernah menerima seramai 200,000 pekerja dari negara Asia Tenggara itu setiap tahun.

Namun, "Skandal Berlian Biru" yang berlaku pada lebih 30 tahun lalu menurunkan taraf hubungan diplomatik kedua-dua negara, sehingga membantutkan kerjasama dalam banyak bidang. 

Susulan lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha ke Arab Saudi pada bulan lepas, hubungan dua hala serta kegiatan perdagangan dan pergerakan rentas sempadan kembali normal.