Menteri Luar Empat Negara ASEAN Bakal Lawat China

2022-03-29 12:21:21  CRI
Share with:

Menteri Luar Indonesia, Thailand, Filipina dan Myanmar dijadual membuat lawatan ke China pada 31 Mac hingga 3 April, umum jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin pada Isnin.


Difahamkan, lawatan tersebut diadakan atas undangan ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi. 


Wang Wenbin berkata, lawatan berkenaan bukan sekadar mencerminkan ikatan muhibah antara China dengan negara jiran, malah memperlihatkan iltizam pelbagai pihak untuk memperkasakan kerjasama China-ASEAN.


Melalui lawatan itu, Wang berharap agar hasil dan konsensus tercapai dalam sidang kemuncak memperingati ulang tahun ke-30 hubungan dialog China-ASEAN dapat dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.


Semua pihak terlibat juga diharap bersama-sama menggalakkan Inisiatif Pembangunan Global diperkenalkan di negara jiran secara terlebih dahulu, sambil berganding bahu membina rantau yang damai, makmur, indah dan bersahabat.


Tambah beliau, China juga akan berbincang situasi semasa dengan semua pihak bagi menyuntik tenaga positif kepada kestabilan serantau dan pembangunan global.