Pertandingan Kemahiran Vokasional BRICS Bermula

2022-03-29 16:08:55  CRI
Share with:

Pertandingan Kemahiran Vokasional BRICS akan dianjurkan bermula bulan Mac hingga November bagi menggalakkan kerjasama pendidikan antara lima negara terbabit.

Dengan memberikan tumpuan kepada sektor pembuatan canggih, ekonomi digital, industri dan teknologi baharu, lebih 20 acara akan ditawarkan dalam pertandingan tersebut.

Selain menggalakkan kerjasama antara kolej vokasional dan syarikat, pertandingan itu juga menyasar melahirkan bakat berkemahiran tinggi yang bertaraf antarabangsa di negara-negara BRICS.

Ia juga merupakan pertandingan vokasional pertama yang dianjurkan China sebagai negara pengerusi BRICS.

Kementerian Pendidikan China akan menerajui penganjuran pertandingan tersebut.