Hayati Karisma Opera Tibet

2022-03-29 13:37:42  CRI
Share with:

Diiringi bunyi gendang, para pelakon yang memakai topeng putih dan pakaian berwarna-warni menaiki ke atas pentas sambil memegang alat-alat pertunjukkan dan mempamerkan tarian yang unik.

Sewaktu menari, sekali sekala mereka akan berpusing dan berubah susunan pasukan sambil berteriak.

Pertunjukan ini adalah opera Tibet bertopeng putih Bindun yang cukup sinonim di Kampung Bindun, di bandar Shannan, Wilayah Autonomi Tibet.

Di situ, warisan opera Tibet bertopeng putih digelar sebagai 'fosil hidup' budaya Tibet.

Susulan terdapatnya perbezaan dari segi alam semula jadi, adat resam kehidupan, tradisi budaya dan bahasa yang berbeza di pelbagai tempat di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, Opera Tibet mempunyai banyak jenis.

Opera Topeng Putih Tibet dikatakan antara yang paling bersejarah lama iaitu sekitar lebih 600 tahun.

Ia selalu dipertunjukan sempena sambutan pesta, perhimpunan di kuil dan pelbagai jenis aktiviti tradisi rakyat.