Washington, 'Tangan Ghaib' di Sebalik Pergolakan Dunia

2022-03-29 14:17:05  CRI
Share with:

"Orang ini (Presiden Rusia Vladimir Putin) tidak boleh berkuasa lagi", demikian dinyatakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ketika menyentuh konflik Rusia-Ukraine di Poland, pada Sabtu.

Walaupun Rumah Putih sering menyangkal tuduhan bahawa mereka mencampur tangan dalam urusan negara lain, namun ucapan tersebut secara jelas mendedahkan tujuan sebenar Washington yang menimbulkan masalah, iaitu melemahkan dan menggulingkan kerajaan Rusia, sekali gus mewujudkan hegemoninya di seluruh dunia.

AS yang menguasai sumber politik dan ekonomi, kebudayaan dan pendidikan, serta platform media, berkeras untuk menimbulkan pergolakan di merata-rata tempat di dunia yang kononnya atas nama 'hak asasi manusia', 'demokrasi' dan 'kebebasan'.

Konflik Rusia-Ukraine adalah salah satu contoh terkini sikap Washington yang menghasut percanggahan negara lain atau secara langsung melancarkan peperangan demi kepentingan politik.

Jika diimbau kembali sejarah, Washington sebenarnya adalah 'tangan ghaib' dan punca kepada pergolakan dunia termasuk Perang Vietnam, Perang Teluk, Perang Afghanistan, Perang Iraq dan Perang Syria.

Tradisi peperangan oleh Washington tersebut bukan sahaja mendatangkan kekacauan di persada dunia, tetapi juga membangkitkan populisme dan pertentangan politik domestik, sehingga krisis dalam pelbagai bidang tercetus di sesebuah negara.

Bagi pecinta kedamaian, persoalan tentang bila 'tangan ghaib' di sebalik pergolakan dunia boleh dihentikan sering menjadi tanda tanya.