Isu Ukraine: China Seru Elak Kematian Rakyat Jelata

2022-03-30 14:20:15  CRI
Share with:

Naib wakil tetap China di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing menyatakan keselamatan nyawa dan keperluan kemanusiaan rakyat Ukraine perlu mendapat jaminan.

 

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB bagi membahas isu kemanusiaan Ukraine, pada Selasa.

 

China menyeru pihak terlibat untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, mengelakkan rakyat jelata terkorban atau tercedera dalam konflik tersebut, melindungi keselamatan kemudahan awam, menyediakan laluan keselamatan bagi perpindahan dan kemasukan penyelamat, memastikan bekalan berterusan barang kehidupan asas seperti makanan, air minuman dan ubat-ubatan serta meningkatkan perlindungan terhadap golongan lemah termasuk wanita dan kanak-kanak.

 

Sehubungan itu, China menyokong pejabat penyelarasan kemanusiaan PBB dan Program Makanan Sedunia (WFP) membantu Ukraine dan negara jirannya yang menghadapi keperluan kemanusiaan dengan mengamalkan prinsip kemanusiaan, berkecuali dan adil.

 

Dai menyatakan bahawa sekatan komprehensif menyeluruh hanya akan menjejaskan lagi sumber tenaga, makanan, ekonomi perdagangan dan pasaran kewangan, sehingga mengganggu norma kehidupan rakyat.

 

"Negara-negara membangun yang berkecuali dalam konflik Ukraine ini tidak sepatutnya menerima akibat konflik geografi dan percaturan negara besar.

 

"Sementara itu, cabaran besar dihadapi keselamatan makanan global perlu diambil berat.

 

"Sekatan ekonomi akan menjejaskan rantai pembekalan bahan makanan sedunia serta kenaikan harga makanan, sekali gus memberi bebanan yang tidak sepatutnya kepada negara membangun," ujar Dai.

 

Justeru beliau berkata bahawa China menyeru agar penyelarasan antarabangsa ditingkatkan untuk menstabilkan pembekalan dan harga makanan, serta mencegah langkah sekatan pengeskportan yang tidak rasional supaya menjamin keselamatan bahan makanan global.

 

Dai turut menekankan bahawa masyarakat antarabangsa perlu menggalakkan Rusia dan Ukraine untuk terus menjalankan rundingan langsung.

 

"Pada masa sama, AS, NATO dan EU perlu berdialog dengan Rusia supaya memerhati keperluan keselamatan munasabah pelbagai pihak, di samping membentuk rangka keselamatan serantau yang seimbang, berkesan dan mampan.

 

"China akan terus berusaha memainkan peranan membina bagi meredakan ketegangan dan menyelesaikan krisis berkenaan," ujarnya lagi.