China Bantu Rakyat Afghan Keluar dari Kesukaran

2022-03-30 14:05:37  CRI
Share with:

Mesyuarat menteri-menteri luar negara jiran mengenai Afghanistan edisi ketiga dijadual berlangsung di Tunxi, provinsi Anhui, timur China bermula hari ini hingga esok.

Menteri Luar Wang Yi membuat lawatan ke Afghanistan pada minggu lepas, sekali gus menjadi pegawai peringkat tinggi pertama China yang berkunjung ke sana sejak penubuhan kerajaan sementara Afghanistan.

Kesemua ini memperlihatkan kesungguhan China dalam menyumbang kepada pembangunan semula Afghanistan, dan membantu rakyat negara itu keluar daripada kesukaran.

Sebagai jiran bersahabat dan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNSC), China sentiasa memainkan peranan dengan sedaya upaya bagi membantu Afghanistan mewujudkan pembangunan semula secara damai.

Dalam sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) mengenai isu Afghanistan pada 2021, pemimpin China telah mengemukakan tiga saranan ke arah perdamaian di Afghanistan, termasuk mewujudkan peralihan yang stabil dengan seawal mungkin, menjalankan dialog dengan Afghanistan dan membantu rakyat negara itu mengatasi kesulitan semasa.

Hal ini mencerminkan pendirian China yang sentiasa menghormati kedaulatan dan integriti wilayah Afghanistan, serta menyokong rakyat negara itu menentukan nasib negara dan memilih jalan pembangunan sendiri.

Dalam pada itu, kerajaan sementara Afghanistan berjanji tidak akan membiarkan kegiatan pengganas berlaku di negaranya, dan berharap menjalin hubungan baik dengan negara lain termasuk aktif terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Sikap seumpama turut disambut baik masyarakat antarabangsa.

Mesyuarat menteri luar berkenaan cerminan bahawa China merupakan sahabat sejati yang mahukan keadaan Afghanistan bertambah baik, serta penyumbang kepada keamanan dunia.