Perusahaan Ketenteraan China Tampil dalam DSA ke-17

2022-03-30 13:21:50  CRI
Share with:

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-17 di Kuala Lumpur disertai oleh sejumlah besar perusahaan ketenteraan China yang ingin mempamerkan kemampuan dalam penyelidikan dan pengeluaran industri ketenteraan China.

 

Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika merasmikan DSA pada Isnin menyatakan bahawa rantau ASEAN kini menghadapi ancaman yang pelbagai jenis dan banyak masalah melibatkan perkara rentas sempadan, sekali gus memerlukan kerjasama yang lebih erat antara negara serantau.

 

Justeru katanya, Pameran DSA yang akan melabuhkan tiranya pada Khamis adalah amat kondusif untuk menggalakkan pelaksanaan dasar dan pelan tindakan yang berkaitan.