Kerjaya Baharu Dorong Pembangkitan Luar Bandar

2022-03-31 12:02:33  CRI
Share with:

Sebuah dron kegunaan pertanian sedang menyembur racun perosak di ladang yang terletak di Provinsi Anhui, bahagian timur China.

Panorama seumpama ini juga boleh dilihat di sebahagian besar kawasan luar bandar China.

Yu Xiaojun, 28, adalah salah seorang petani yang mengoperasi dron.

Pada April 2016, Yu dan rakannya menubuhkan koperasi perkhidmatan permesinan pertanian yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan membajak, menyemai, melindungi tanaman dan menuai.

"Sokongan sains dan teknologi amat diperlukan dalam pertanian berskala yang besar ," ujar Yu.

Kini, lebih 100 set permesinan dan lebih 20 staf di koperasi itu berkhidmat untuk tiga kaunti termasuk Lujiang, Anhui selain menyaksikan lebih ramai belia mempelajari daripada Yu untuk mengoperasi dron.

Menurut dapatan yang diperoleh, banyak petani di China telah memulakan kerjaya baharu yang bukan sahaja membawa pendapatan lebih tinggi, tetapi juga menyuntik kedinamikan baharu kepada pembangkitan luar bandar.