China Saran Sokong Afghanistan Tempuh Jalan Pembangunan Damai

2022-03-31 17:18:53  CRI
Share with:

Semua pihak terlibat hendaklah menyokong Afghanistan menempuh jalan ke arah bermandiri, makmur dan membangun secara damai.

Saranan itu dikemukakan Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar Wang Yi ketika berucap dalam mesyuarat menteri-menteri luar negara jiran mengenai Afghanistan edisi ketiga yang berlangsung di Tunxi, provinsi Anhui hari ini.

Katanya, pelbagai pihak perlu memegang konsep komuniti berkongsi nasib, memanfaatkan mekanisme penyelarasan dan kerjasama negara jiran bagi membantu Afghanistan mewujudkan pembangunan mantap seawal mungkin, dan berganding bahu merealisasikan keselamatan dan kemakmuran serantau.

Beliau turut menekankan perlunya menyokong rakyat Afghanistan menentukan masa depan negara secara kendiri, menghulurkan bantuan kemanusiaan dan membantu negara itu membanteras keganasan dari akar umbinya.

Peserta mesyuarat bersepakat untuk memperkasakan penyelarasan dan kerjasama, membantu pembangunan semula ekonomi Afghanistan dan menyokong kerajaan sementara negara itu menunaikan janjinya dengan bersungguh-sungguh.

Di samping itu, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) digesa memikul tanggungjawab utama dalam pembangunan semula Afghanistan, dan mengembalikan harta rakyat Afghanistan dengan segera.

Mesyuarat itu turut mengisytiharkan pelancaran mekanisme pertemuan berkala membabitkan utusan khas Afghanistan, selain penubuhan tiga kumpulan kerja yang menumpukan usaha politik dan diplomasi, ekonomi dan kemanusian serta keselamatan dan ketenteraman.