Jangan Tuang Minyak Tanah dalam Api

2022-03-31 12:39:20  CRI
Share with:

Delegasi Rusia dan Ukraine duduk berunding buat pusingan kelima di Istanbul, Turki hingga mencapai kemajuan signifikan.

Antara petanda positif bagi rundingan damai itu adalah seperti Ukraine mencadangkan penerapan status neutral, manakala Rusia berjanji mengurangkan operasi tentera.

Langkah tersebut disifatkan sebagai usaha dua negara itu ke arah menamatkan konflik, sekali gus pendekatan perdamaian yang disumbang masyarakat antarabangsa dengan cara perundingan.

Saat dunia berpuas hati dengan kemajuan tersebut, Amerika Syarikat (AS) sebalik memberi respons negatif dengan meneruskan pembekalan senjata kepada Ukraine dan mengetatkan sekatan ke atas Rusia.

Tindak balas AS itu bagai menuangkan minyak tanah dalam api yang hanya memburukkan situasi dan menggugat kesepakatan antara dua negara Eropah itu.

Selaku pemeroleh keuntungan terbesar konflik Rusia-Ukraine, AS enggan melihat dua pihak terbabit berdamai. Sebaliknya, ia lebih cenderung untuk melihat mereka terus berkonflik, dengan niat mengekang Rusia dan mengukuhkan kawalan ke atas Eropah.

Antara motif utama yang terbayang di minda AS adalah hegemoni yang boleh mengorbankan kepentingan negara lain termasuk sekutunya di Eropah.

Tingkah laku AS untuk mencemarkan rundingan damai berkenaan memperlihatkan lagi ia dirinya sendiri merupakan ancaman terbesar kedamaian dan keselamatan dunia. Memilih haluan bertentangan, nescaya negara itu akan ditelan padah.