Perutusan Xi Sempena Mesyuarat Berkaitan Afghanistan

2022-03-31 10:53:38  CRI
Share with:


Presiden China Xi Jinping menyampaikan perutusan secara bertulis kepada mesyuarat menteri-menteri luar negara jiran mengenai Afghanistan edisi ketiga, hari ini.

Xi berkata, Afghanistan mengalami penderitaan akibat peperangan dan mendepani banyak usaha yang perlu dilakukan tatkala berada pada fasa peralihan kritikal.

Negara itu merupakan jiran tetangga dan rakan taulan semua peserta mesyuarat, malah komuniti berkongsi nasib.

Menurutnya, Afghanistan yang aman, stabil, membangun dan makmur merupakan aspirasi semua rakyat Afghan dan selaras dengan kepentingan bersama negara rantau serta masyarakat antarabangsa.

Xi menegaskan, hubungan kejiranan yang baik merupakan khazanah negara. China sentiasa menghormati kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah Afghanistan, di samping komited untuk menyokong usaha perdamaian di negara itu.

Beliau turut menyifatkan peranan mekanisme koordinasi dan kerjasama antara negara jiran Afghanistan yang dibentuk September lalu sebagai konstruktif dalam menstabilkan situasi negara tersebut.

Dalam pada itu, Xi merayu kepada pihak terbabit supaya melakukan sedaya mungkin untuk mencapai konsensus dan meningkatkan koordinasi demi masa depan lebih baik buat rakyat Afghan.