Ekspo Dubai: Galeri China Terima Hadiah Gangsa

2022-03-31 15:30:05  CRI
Share with:

Dalam majlis penyampaian hadiah Ekspo Sedunia Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang diadakan pada malam tadi, galeri China dianugerahkan hadiah gangsa katagori bangunan gred A, selepas Arab Saudi dan Switzerland yang masing-masing mendapat emas dan perak. 

Ketua Setiausaha Biro Pameran Antarabangsa (BIE), Dimitri S. Kerkentzes ketika membuat penilaiannya berkata, China amat memahami tujuan dan intipati Ekspo Sedunia dan mempamerkannya dalam galeri China di Dubai.

Menurut beliau, setiap kandungannya termasuk tema utamanya iaitu membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan adalah selaras dengan semangat Ekspo Sedunia.

Galeri China atau “Cahaya Tionghoa” yang seluas 4,636 meter persegi antara galeri asing yang terbesar dalam ekspo kali ini.

Empat zon pameran di bawah kendalian Galeri China telah mempamerkan pencapaian pembangunan negara Tembok Besar dalam bidang teknologi maklumat, pengangkutan moden, AI, kehidupan pintar dan penerokaan angkasa lepas.