Negara Jiran Sepakat Salur Bantuan Substantif kepada Afghanistan

2022-04-01 15:12:25  CRI
Share with:

Mesyuarat menteri-menteri luar negara jiran mengenai Afghanistan edisi ketiga dan dialog menteri luar "Afghanistan's neighbors+Afghanistan" menyaksikan konsensus dicapai bagi menyalurkan bantuan substantif kepada Afghanistan.


Menteri Luar China, Wang Yi memaklumkan konsensus dalam bentuk dua dokumen itu masing-masing merujuk kepada kenyataan bersama serta inisiatif untuk menyokong pembangunan semula ekonomi Afghanistan dan kolaborasi pragmatik.


Menurut beliau, bantuan berkenaan merangkumi aspek kemanusiaan, kesalinghubungan, ekonomi dan perdagangan, pertanian, tenaga dan kuasa elektrik dan sebagainya.


Beliau turut berkata, inisiatif tersebut akan memainkan peranan penting dalam menggalakkan pembinaan semula dan pembangunan Afghanistan secara damai buat masa depan.


Inisiatif itu turut memaparkan komitmen pihak-pihak terbabit untuk memfokuskan kerjasama pragmatik, kesalinghubungan serantau serta keterbukaan dan keterangkuman.