Persahabatan China-Serbia Semakin Subur

2024-05-10 15:50:08  CRI
Share with:

Dalam tempoh lawatan ke Serbia pada lapan tahun yang lalu, Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Serbia, Aleksandar Vucic pernah memutuskan meningkatkan hubungan dua hala ke Perkongsian Strategik Komprehensif. 

Seterusnya dalam lawatannya ke Serbia yang dibuat pada 7 hingga 8 Mei tahun ini, Xi bersama dengan Vucic mengumumkan untuk meningkatkan dan memperincikan Perkongsian Strategik Komprehensif China-Serbia, dan menumpukan kepada pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Serbia bagi Era Baharu. Kedua-dua pihak turut menandatangani perisytiharan bersama sehubungan itu bagi menggariskan gerak kerja yang melibatkan pelbagai bidang dan segenap aspek. 

Dengan demikian, Serbia menjadi negara Eropah yang pertama yang bersama dengan China membina komuniti berkongsi nasib.

China sekarang ini berada di landasan cepat menuju ke modenisasi era baharu, manakala Serbia juga bertindak menggalakkan pelbagai perancangan pembangunannya seperti “Serbia 2027-Melonjak ke Masa Depan”. Pengumuman kedua-dua negara tentang peningkatan perkongsian strategik komprehensif mencerminkan kedua-dua pihak mengamalkan nilai-nilai dan matlamat yang sama , iaitu menganjurkanu pembangunan bersama, menjalankan kerjasama yang sama menang, dan senada sejiwa dalam perjuangan.

Begaimana membina Komuniti Berkongsi Nasib China-Serbia? Xi menekankan bahawa adalah perlu menonjolkan sifat strategik dalam hubungan dua hala, membuat usaha yang substantif dalam kerjasama dua hala, dan menekankan inovasi dalam mengembangkan hubungan bilateral.

Xi telah mengumumkan enam langkah bagi pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Serbia untuk fasa pertama ketika bersama dengan Vucic bertemu dengan wartawan pada 8 Mei. Antaranya, menguatkuasakan Perjanjian Perdagangan Bebas China-Serbia bermula 1 Julai, menyokong dan menaja seramai 50 orang ahli sains muda dari Serbia melawat China untuk tujuan penyelidikan dan pertukaran dalam tiga tahun akan datang, mengundang 300 orang remaja Serbia datang ke China untuk belajar pada tiga tahun akan datang, dan menggalakkan syarikat penerbangan dari kedua-dua negara membuka laluan penerbangan terus Belgrade-Guangzhou. 

Langkah-langkah tersebut merangkumi bidang ekonomi, perdagangan, sains teknologi, dan sosiobudaya, dan dipercayai akan menyuntik momentum baharu kepada pertukaran dan kerjasama dua hala supaya rakyat kedua-dua negara lebih mudah mengenali hati budi masing-masing.

Presiden Vucic berkata, masa depan Serbia berkait rapat dengan China. Boleh dijangkakan, persahabatan “sekukuh besi” antara Serbia dan China akan menjadi semakin subur pada era baharu.