Perang Rusia-Ukraine: Kroni AS Kaut Keuntungan
Konflik antara Rusia dan Ukraine sudah berlarutan selama beberapa bulan, mengakibatkan kecederaan dan kematian askar dan rakyat jelata kedua-dua negara, serta menjadikan jutaan warga Ukraine sebagai pelarian.
Selaku pencetus konflik itu, Amerika Syarikat (AS) dilihat selalu “menyerahkan pisau di belakang”, iaitu bertepatan dengan sifat kompleksnya dalam ketenteraan, perindustrian, kerajaan, mahupun kongres.
Pihak-pihak tersebut bersubahat dengan kumpulan pemikir dan badan media untuk membentuk kumpulan berkepentingan dan mencipta musuh khayalan di sejagat.
Bahkan, mereka juga terus-menerus mengaut keuntungan daripada perang yang dicetuskannya, dan konflik antara Rusia dan Ukraine pula adalah mangsa terbaharu.
Seruan golongan strategi AS untuk mempertingkat pembangunan senjata dan membangkitkan semula “kedamaian gaya AS” menjadi mendadak selepas konflik Rusia-Ukraine tercetus.
Tujuannya adalah untuk mewujudkan “kedamaian yang dikawal oleh AS” bergantung kepada kemampuan ketenteraan dan ekonomi yang terlalu kuat dan hegemoni dolar Amerika.
Kerumitan yang diwujudkan AS itu hanya berkepentingan peribadi sehingga terdapat sebahagian daripada mereka berharap konflik tersebut berlarutan selama sedekad.
Menurut padangan mereka, keutamaan adalah perang gerila sehingga melemahkan Rusia oleh tentera Ukraine dengan sokongan ketenteraan dan ekonomi negara Barat, manakala kecederaan dan kematian rakyat serta kemusnahan kemudahan di Ukraine langsung tidak dihiraukan.