NED Peralat Demokrasi untuk Amalan Keji

2022-04-02 15:13:00  CRI
Share with:

Mutakhir ini, Yayasan Demokrasi Nasional (NED) Amerika Syarikat (AS), Damon Wilson dalam lawatannya di Taiwan, China mencanangkan "revolusi warna" dan penganjuran perhimpunan global "Pergerakan Dunia untuk Demokrasi" pada Oktober nanti. 

Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan tajaan AS, NED sejak ditubuhkan sering menyasar mencampuri urusan dalaman, malah menggulingkan pemerintahan negara lain.

Hakikatnya, NED sudah sekian lama merancang muslihatnya di Taiwan, China.

Pada 2003, "Yayasan Demokrasi Taiwan" ditubuhkan pihak berkuasa Taiwan selepas dipujuk NED.

Selepas Sidang Kemuncak Demokrasi anjuran AS gagal mencuri perhatian khalayak pada akhir tahun lepas, NED menampilkan diri pula untuk menganjurkan perhimpunan demokrasi dunia bersama “Yayasan Demokrasi Taiwan”.

Perbuatan itu secara jelas mahu menghasut "kemerdekaan Taiwan" dengan menggunakan nama "demokrasi".

Isu Taiwan adalah berkait rapat dengan kepentingan teras China, manakala prinsip satu China pula merupakan asas politik dalam hubungan China-AS.

Pemimpin AS juga pernah kerap kali membuat janji bahawa tidak akan menyokong “kemerdekaan Taiwan”.

Lawatan Presiden NED ke Taiwan yang berniat memberi sokongan kepada “kemerdekaan Taiwan” itu merupakan provokasi terang-terangan terhadap kedaulatan negara China, sekali gus memungkiri janji politik pihak AS.

Amalan seumpama itu nescaya akan menemui kegagalan.