Isu Makmal Biologi: AS Wajib Lerai Kebimbangan Dunia

2022-04-02 14:56:57  CRI
Share with:

Selaku negara pemeterai Konvensyen Senjata Biologi (BWC), Amerika Syarikat (AS) wajib mematuhi peraturan berkenaan, sambil meleraikan kebimbangan masyarakat antarabangsa menerusi penjelasan dan perundingan.


Mutakhir ini, Rusia kerap kali mendakwa AS membelakangi konvensyen berkenaan dengan melakukan aktiviti biologi ketenteraan menerusi makmal di Ukraine.


Sehubungan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata, AS adalah negara yang paling banyak melakukan aktiviti biologi ketenteraan dan juga satu-satunya negara yang menentang pembentukan mekanisme pemeriksaan multilateral di dunia.


Katanya, China mengalu-alukan masyarakat antarabangsa menjalankan penilaian secara adil, objektif dan profesional terhadap dokumen yang dibongkar Rusia di bawah rangka BWC dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), termasuk mendengar penjelasan AS.


Beliau turut berharap agar AS dapat memberi maklum balas konstruktif bagi memulihkan keyakinan masyarakat antarabangsa.


Terdahulu, Rusia membongkar makmal dibina AS di sekitar negara itu sebagai ‘makmal perang biologi’, dan mengatakan semakin banyak bukti menunjukkan penyelidikan biologi sintetik dilakukan AS di Ukraine adalah untuk tujuan ketenteraan.