China, Indonesia Ikrar Perkasa Koordinasi dalam G20

2022-04-02 14:29:51  CRI
Share with:

Sebagai dua negara membangun dan entiti ekonomi baharu utama, China dan Indonesia mempunyai kepentingan bersama meluas dengan jalinan kerjasama saling untung yang semakin kukuh.

Demikian ujar Menteri Luar China, Wang Yi semasa bertemu rakan sejawatnya dari Indonesia, Retno Marsudi sempena mesyuarat menteri-menteri luar negara jiran mengenai Afghanistan edisi ketiga di Tunxi, provinsi Anhui pada Khamis.

Kata beliau, China bersedia bersama Indonesia membina komuniti berkongsi nasib, menerajui trend kerjasama serantau dan mendorong tadbir urus global, sehingga menjadi teladan solidariti dan kerjasama kepada negara-negara membangun lain.

Sementara itu, Retno menyatakan Indonesia mengalu-alukan pelaburan China dan bersedia mengukuhkan kerjasama melibatkan perubatan dan kesalinghubungan.

Kedua-dua pihak juga bersetuju memperkasakan penyelarasan dan kerjasama dalam Kumpulan 20 (G20).