Luka di Hati Rakyat Argentina Perlu Diubati
Tanggal 2 April merupakan ulang tahun ke-40 Perang Malvinas.
Perang tersebut tercetus antara Argentina dengan Britain apabila Argentina ingin memulihkan kedaulatan terhadap Kepulauan Malvinas pada masa 40 tahun lalu. Perang itu berakhir dengan kekalahan Argentina.
Amalan hegemoni Britain memelihara“warisan kolonialisme”dengan menduduki wilayah negara lain meninggalkan luka di hati rakyat Argentina, malah seluruh rakyat Amerika Latin.
Isu Malvinas merupakan isu sejarah yang disebabkan kolonialisme. Pada 1816, Argentina bebas daripada penjajahan Sepanyol, sekali gus mengambil alih kedaulatan terhadap Kepulauan Malvinas.
Namun, kepulauan tersebut diduduki Britain yang memperluas penjajahannya di rantau Amerika Selatan pada 1833, dengan menggunakan tindakan ketenteraan.
Pada 1965, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) memasukkan isu Kepulauan Malvinas dalam resolusi penyahjajahan, sementara menggesa kedua-dua pihak mengadakan rundingan bagi penyelesaian pertikaian kedaulatan.
Dalam tempoh empat dekad lalu, kerajaan dan rakyat Argentina tidak pernah berhenti untuk menuntut Britain kembali ke meja rundingan. Tuntutan kedaulatan Argentina tersebut juga mendapat sokongan daripada banyak negara di dunia, termasuk China.
Namun, Britain bukan sahaja menolak untuk mengadakan rundingan, malah sentiasa bertindak bagi memperkukuh kedudukannya di Kepulauan Malvinas.
Britain didapati menempatkan senjata pertahanan udara pada bulan Januari lalu, tindakan yang dianggap membelakangi resolusi PBB secara terang-terangan.
Amalan Britain tersebut menggambarkan negara itu masih mengekalkan mentaliti zaman kononial, dan tidak mengambil berat terhadap kedaulatan negara membangun.
Isu Kepulauan Malvinas sebenarnya merupakan isu bersifat global, dan amalan kolonial Britain perlulah dibantah semua negara. Luka di hati rakyat Argentina tidak boleh dibiarkan terus berlarut-larut.