Hun Sen Hargai Bantuan China Bina Lapangan Terbang
2022-04-03 14:20:18 CRI
Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Angkor Siem Reap yang dibina dengan bantuan China akan memajukan sektor pelancongan di Siem Reap dan bandar-bandar sekitarnya, sekali gus mencipta peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan.
Demikian dinyatakan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen ketika meninjau tapak projek tersebut hari ini.
Menurut beliau, pembinaan lapangan terbang baharu itu tepat pada waktunya kerana kapasiti pengendalian lapang terbang yang sedia ada sudah tidak mencukupi.
Difahamkan, terminal lapangan terbang berkenaan dijangka mula beroperasi pada Oktober 2023.