Menteri Luar China, Myanmar Temu di Tunxi
China sentiasa meletakkan Myanmar pada kedudukan
penting dalam diplomasi kejiranannya, dan bersedia
memperkasa pertukaran dan kerjasama membabitkan segenap aspek dengan negara itu
ke arah membentuk komuniti berkongsi nasib.
Demikian ujar Menteri Luar China, Wang Yi semasa bertemu rakan sejawatnya dari Myanmar, Wunna Maung Lwin di Tunxi, provinsi Anhui pada Jumaat.
Beliau menyeru kedua-dua pihak mempercepat pembinaan Koridor Ekonomi China-Myanmar (CMEC), di samping memperkukuh solidariti dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.
Wunna Maung Lwin pula menyatakan pihaknya menyokong pendirian China mengenai isu-isu berkaitan kepentingan teras, dan menghargai bantuan China terhadap pembendungan wabak serta pembangunan negara Myanmar.
Beliau turut menyuarakan kesediaan Myanmar untuk memperluas kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan China, mempercepat projek CMEC dan mendorong keberhasilan dalam sinergi berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).