Hentilah Main Helah Pencuri Menyamar Hakim

2022-04-03 14:46:47  CRI
Share with:

Modus operandi politikus Amerika Syarikat (AS) berserta media Barat berulang lagi apabila sebuah akhbar harian dari Britain menerusi laporannya mendakwa China melancarkan serangan siber besar-besaran ke atas Ukraine.

Memetik sumber perisikan AS, akhbar The Times pada 1 Mac melaporkan, fasiliti ketenteraan dan kemudahan nuklear Ukraine menjadi sasaran serangan siber berskala besar yang dilakukan China pada malam sebelum operasi tentera khas Moscow ke atas Kiev.

Laporan Britain turut berbunyi, Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) melemparkan dakwaan seumpama terhadap China.

Alangkah bodohnya kedua belah pihak itu bercakap bohong!

SBU segera tampil bagi menafikan dakwaan berkenaan menerusi kenyataan disiarkan melalui beberapa media sosial, dan menjelaskan ia tidak pernah memberikan maklumat seumpama kepada mana-mana media.

Badan kerajaan Ukraine itu turut menegaskan bahawa pihaknya tidak menguasai data berkenaan dan tidak pernah menjalankan sebarang penyiasatan terhadap khabar angin kononnya berlaku serangan siber.

Respons Ukraine itu bagai tamparan kuat yang menerjah ke pipi politikus AS dan pengamal media Barat.

Padahal, apabila bercakap mengenai ancaman siber, AS merupakan penggodam yang menjalankan serangan siber terancang terhadap negara lain, antaranya China menjadi mangsa utama.

Pasukan Teknikal Tindak Balas Kecemasan Rangkaian Komputer Kebangsaan/Pusat Koordinasi China (CNCERT/CC) baru-baru ini mengesahkan, sejak akhir Februari, terdapat kumpulan asing yang melakukan serangan siber menyasar Rusia, Ukraine dan Belarus menerusi kawalan jauh terhadap komputer di China.

Selepas penelitian, sumber serangan tersebut seperti alamat protokol internet (IP) kebanyakannya dari AS.

Fakta jelas menyatakan hal ini, iaitu laporan mendakwa China melancarkan serangan siber terhadap Ukraine, hanyalah modus operandi baharu yang dimainkan AS untuk menyalahkan China atas krisis Ukraine.

Seperti yang diketahui umum, AS, pencetus krisis Ukraine, beringinkan mengekang Rusia dan menjejaskan usaha Eropah ke arah kemandirian strategik menerusi tercetusnya perang, sekali gus membolehkan kompleks industri ketenteraan negara itu beroleh laba sebanyak mungkin.

Tingkah laku politikus AS tersebut umpama helah pencuri menyamar sebagai hakim. Modus operandi lama itu tidak perlu dipertontonkan lagi kepada khalayak.

Reputasi negara itu langsung dicemarkan jikalau mereka degil berkelakuan bodoh di khalayak ramai dengan melakukan berbagai-bagai helah.