China, Thailand Ikrar Perkasa Kolaborasi Segenap Aspek

2022-04-03 14:36:09  CRI
Share with:

China bersedia mengintensifkan kolaborasi dengan Thailand dalam segenap aspek, kata Menteri Luar Wang Yi semasa bertemu rakan sejawatan Don Pramudwinai di Tunxi, provinsi Anhui pada Sabtu.


Wang menyatakan kedua-dua pihak hendaklah mempercepat projek landasan kereta api China-Thailand bagi menyumbang kepada penyiapan laluan pertengahan landasan kereta api Pan-Asia.


China dan Thailand juga diharap terus meneroka potensi kerjasama dalam bidang teknologi elektronik, ekonomi digital, tenaga alternatif dan sebagainya dengan memanfaatkan peluang daripada pelaksanaan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).


Sementara itu, Don berkata pihaknya menghargai persahabatan tradisional dengan China, dan bersedia bersama-sama membangunkan Jalur dan Laluan yang berkualiti tinggi serta aktif menyertai Inisiatif Pembangunan Global.


Beliau berharap agar kedua-dua negara memperkasakan kerjasama dalam perdagangan produk pertanian dan kesalinghubungan, memastikan keselamatan rantaian perindustrian dan bekalan, sambil memperdalam sinergi dalam pembangunan mampan.