Jumlah Penziarah Kubur Dalam Talian Meningkat 275.7%

2022-04-04 14:49:58  CRI
Share with:

Pada hari pertama percutian Hari Qingming (Cembeng) semalam, sebanyak 2,304 aplikasi beroperasi dalam talian di seluruh China untuk menyediakan platform memudahkan penziarah kubur berdukacita secara maya. Jumlah penggunanya mencatat 6.95 juta orang, meningkat 275.7% berbanding tahun lalu.

Selain itu, menurut statistik daripada 18,925 buah badan perkhidmatan pengebumian yang beroperasi di seluruh China, mereka telah melayani 5.83 juta orang penziarah kubur semalam, yang menurun 69.8% berbanding tempoh sama tahun lalu. Manakala, sebanyak 18,011 buah badan perkhidmatan pengebumian memilih tidak membuka pintu kepada umum berikutan keperluan pencegahan dan kawalan wabak COVID-19.