Laluan Kereta Api China-Laos Operasi 4 Bulan

2022-04-04 14:18:28  CRI
Share with:



Syarikat Kumpulan Landasan Kereta Api China (China Railway) memaklumkan bahawa pengangkutan penumpang seramai 2.254 juta orang dan kargo sebanyak 1.31 juta tan telah diselesaikan melalui Laluan Kereta Api China-Laos dalam tempoh operasinya selama 4 bulan setakat semalam.

Laluan tersebut dilihat mampu memainkan peranan positif dalam memudahkan perjalanan rakyat kedua-dua negara, meningkatkan kelancaran kitaran pasaran domestik-antarabangsa serta memicu pembinaan Koridor Ekonomi China-Laos.

 


Masa dan kos pengangkutan antara China dengan negara ASEAN boleh dikurangkan banyak, dengan adanya Laluan Kereta Api China-Laos yang kargo pengangkutannya merangkumi 10 buah negara dan kawasan termasuk Malaysia, Thailand, Myanmar, Laos, Kemboja dan Singapura.

 

Sementara itu, jenis kargo pula bertambah banyak daripada getah, baja kimia dan barang seharian kepada lebih 100 jenis termasuk alat elektronik, fotovoltaik, telekomunikasi, kenderaan, tekstil, sayur-sayuran dan bunga segar.