Ujian Antigen dan NAT Dijalankan Seluruh Shanghai

2022-04-04 14:28:04  CRI
Share with:

Sehingga pukul 9.00 pagi tadi, sejumlah 92,405 individu yang berkontak rapat dengan pesakit COVID-19 telah diperiksa dan dikuarantin, dengan 89,805 daripada mereka didapati negatif.

Manakala, ujian asid nukleik (NAT) yang dilakukan ke atas sejumlah 111,141 individu yang berstatus kontak kasual menyaksikan 100,162 daripadanya didapati negatif.

Menurut jangkaan Suruhanjaya Kesihatan Shanghai, dengan terdapatnya lebih 10 hospital, sejumlah besar kemudahan awam yang baru siap diubahsuai serta penambahan pasukan perubatan, ia mampu menampung untuk merawat kesemua pesakit di bandar terbabit.

Dalam satu sidang media pada Ahad, suruhanjaya itu memaklumkan bahawa ujian antigen dan NAT yang giat diadakan bertujuan menyingkirkan risiko, memutuskan rantaian penularan, menyekat penularan wabak dan secepat mungkin mencapai matlamat "dinamik sifar COVID-19".