Jumlah Larian Kereta Api China-Vietnam Tingkat 27.3 Peratus
Jumlah larian kereta api China-Vietnam mencatat 98 kali dengan jumlah kontena yang dikendalikan merekodkan 2,940 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) pada tiga bulan pertama tahun ini, yang masing-masing meningkat 27.3 peratus dan 34.1 peratus berbanding tempoh sama 2021.
Menurut China Railway Biro Nanning pada Isnin, sektor pengangkutan kargo rentas sempadan melalui landasan kereta api berkembang dengan pesat di wilayah Guangxi China sejak tahun ini dengan jumlah kereta api yang menuju ke Vietnam mencatat 57 larian, meningkat 128 peratus berbanding tempoh sama 2021. Kebanyakan kargo buatan China yang dieksport merupakan produk jentera dan peralatan elektronik, yang mendapat sambutan semakin hangat daripada negara-negara ASEAN.
Pada tempoh yang sama, pengimportan buah-buahan juga menyaksikan peningkatan yang menggalakkan, misalnya yang diimport melalui pintu sempadan landasan kereta api Pingxiang mencatat 11,366 tan setakat 1 April lalu.