AS Tidak Boleh Berkecuali dalam Usaha Larang Senjata Biologi

2022-04-05 13:43:10  CRI
Share with:

Sebagai negara penyimpan Konvensyen Senjata  Biologi (BWC), Amerika Syarikat (AS) tidak boleh berkecuali melainkan menjadi  teladan dalam usaha melaksanakan kewajipan yang tercantum dalam konvensyen terbabit.

Demikian ujar Duta Perlucutan Senjata China,  Li Song dalam sidang persiapan kedua bagi Persidangan Ke-9 Pembahasan BWC pada  Isnin.

Li Song berkata, Rusia telah mendedahkan  dokumen AS yang melakukan kegiatan ketenteraan biologi di Ukraine, sehingga  menimbulkan keprihatinan meluas dalam masyarakat antarabangsa, dan menonjolkan  peri pentingnya dan mendesaknya bagi pihak pemeterai BWC mengadakan perbincangan  dan kerjasama dalam kerangka konvensyen itu. AS adalah negara yang paling banyak  mengamalkan kegiatan ketenteraan biologi, dan juga satu-satunya negara yang  menentang pembentukan mekanisme pemeriksaan. Kecurigaan masyarakat antarabangsa  itu adalah wajar. Ini bukan masalah makmal biologi di Ukraine sahaja, dan juga  bukan masalah baharu yang muncul ekoran perkembangan situasi  semasa.

"Kami mengalu-alukan masyarakat antarabangsa  menganalisis dokumen yang didedahkan Rusia dalam kerangka BWC dan Pertubuhan  Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan bersikap adil mendengar penjelasan AS untuk memastikan dokumen tersebut sama ada maklumat palsu atau tidak", ujar  Li.