WHO Seru Kurangkan Penggunaan Bahan Bakar Fosil

2022-04-05 15:31:11  CRI
Share with:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan kenyataan semalam yang menyatakan bahawa udara di lebih 6 ribu buah bandar di lebih 110 buah negara berada pada tahap tidak sihat menurut nisbah jisim zarahan dan nitrogen dioksida yang dikesan terkandung dalam udara. WHO menggesa pelbagai negara agar mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil serta mengambil langkah dengan bersungguh-sungguh untuk mengurangkan pencemaran udara.

Menurut kenyataan itu, jisim zarahan dan nitrogen dioksida yang terkandung dalam udara yang nisbahnya melampau merupakan ancaman bagi kesihatan umat manusia. Data daripada WHO menunjukkan bahawa terdapat lebih 13 juta kematian setiap tahun di seluruh dunia yang berpunca dari isu persekitaran yang sebenarnya boleh dikawal, antaranya kira-kira 7 juta kematian berpunca dari pencemaran udara.

Demi memperbaiki kualiti udara, WHO dalam kenyataannya mengeluarkan sejumlah cadangan  termasuk membentuk sistem pengangkutan awam yang selamat dan mampu milik serta jaringan pengangkutan yang mesra pejalan dan basikal, membina bangunan jimat tenaga dan kemudahan janakuasa, menyempurnakan pengendalian terhadap barangan buangan perindustrian dan kehidupan bandar, dan mengurangkan pembakaran barangan buangan pertanian.