Peringati Pahlawan Sempena Hari Qingming

2022-04-05 15:39:56  CRI
Share with:

Hari Qingming (Cembeng) tahun ini bermula dari pukul 3.20 pagi tadi. Pasukan tentera di pelbagai tempat mengadakan aktiviti memperingati pahlawan yang terkorban dan menyampaikan dukacita. Tujuannya adalah untuk merenung kembali sejarah silam, dan juga mengukuhkan ikhtiar untuk terus berjuang demi masa depan.

Di bukit pahlawan Chayu Tibet, para anggota kontinjen polis telah meletakkan kalungan bunga di hadapan tugu peringatan Pertempuran Wanong untuk memperingati jasa para pahlawan yang terkorban dalam pembelaan tanah air.

Sepasukan tentera yang berpangkalan di kawasan tentera Xinjiang yang sedang mengikuti latihan di kawasan dataran tinggi telah menziarahi kubur pahlawan Shiquanhe yang terletak di tempat setinggi lebih 4,400 meter dari paras laut. Di taman kubur itu dikebumikan 63 orang pahlawan yang terkorban dalam usaha melindungi dan membangunkan kawasan sempadan negara.

Dalam cuti Hari Qingming ini, penduduk di pelbagai tempat China kelihatan sudi keluar menziarahi perkuburan pahlawan untuk menyampaikan penghormatan setinggi-tingginya kepada mereka yang terkorban demi nusa dan bangsa dan memperingati jasa mereka yang mulia.