"Dinamik Sifar COVID" Penting Hadapi Wabak Omicron

2022-04-06 15:45:46  CRI
Share with:

Menghadapi wabak ekoran BA.2 Omicron yang menular lebih luas dengan simptom tak begitu terruk, pelbagai negara sedang mencari protokol kawalan wabak yang lebih sesuai.

 

Shanghai pula nak mencuba mengawal wabak dengan skala lebih kecil dan tepat ketika kes baharu didapati pada sebulan yang lalu, justru seperti kejayaan di bandar itu sebelum ini.

 

Tapi pihaknya jelas meremahkan kadar penularan BA.2 dan kurang persiapan lengkap menghadapi keadaan kalau penularan diluar kawalan.

 

Semalam, bandar itu melaporkan 311 kes baharu dan 16766 kes asimptomatik selepas pemeriksaan secara menyeluruh diadakan. Kes positif telah mencatat kira-kira 90 ribu sejak bulan Mac dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat.

 

Kini kawalan pergerakan telah dilaksanakan di Shanghai dan beberapa bandar yang didapati kes import dari Shanghai sepanjang seminggu.

 

Ini mencerminkan mengawal dasar “zero Covid” yang mendapati awal dan menangani awal barulah kaedah yang berkesan mengurangkan gangguan besar-besaran terhadap masyarakat, khususnya menghadapi varian Omicron.

 

Akhirnya kita mesti hidup bersama dengan Covid-19, seperti flu. Tapi prasyaratnya tidak muncul lagi varian lebih hebat, vaksin lebih berkesan dalam mengelakkan jangkitan dan ubat untuk Covid-19 menjadi berkesan, murah dan mudah didapati.

 

Satria yakin hari ini tidak jauh lagi.

 

Tapi keadaan di pelbagai negara Barat yang telah membatalkan kawalan wabak buat masa ini bukan “hidup bersama dengan Covid-19”, hanya menutup data Covid-19 saja. Tidak kawalan wabak, tiada data jangkitan dan kematian lagi.

 

Adakah Covid-19 benar-benar seperti flu?

 

Propaganda Barat adalah kadar kematian flu kira-kira 0.1%, manakala kadar kematian Covid-19 telah lebih rendah.

 

Tapi kita tahu kalau kena flu biasanya kita tidak akan melapor kepada sistem kesihatan, jumlah terjangkit flu setiap tahun jauh lebih besar daripada data statistik, ini menjadikan kematian flu sebenarnya jauh lebih rendah daripada 0.1%.

 

Tapi berdasarkan wabak yang menular di Hong Kong dalam dua bulan ini, dengan pemeriksaan besar-besaran, antara kesemua 7 juta penduduk terdapat 1.15 juta orang terjangkit, lebih 7700 orang meninggal. Maksudnya kadar kematian mencatat 0.66%, jauh tinggi berbanding flu.

 

Kawalan wabak selama lebih 2 tahun memang menjadi beban besar bagi pelbagai kerajaan dan juga masyarakat, termasuk China. Tapi Satria yakin penyelesaian bukan menutup mata dan mulut saja.

 

Seluruh negara China mengadakan tindakan sokongan skala paling besar sejak wabak Covid-19 di Wuhan pada awal tahun 2020.

 

Belasan provinsi menghantar puluhan ribu doktor ke Shanghai untuk membantu melaksanakan pemeriksaan menyeluruh dalam tempoh sehari untuk bandar berpopulasi 25 juta ini. Pelbagai bandar yang berjiran dengan Shanghai membina hospital sementara dalam dua tiga hari saja untuk menerima pesakit dari Shanghai dikuarantin. Bantuan bekalan makanan dan barangan lain turut dihantar dari seluruh negara.

 

Sasarannya semua orang terjangkit dikuarantin segera, kes disifarkan secara dinamik di masyarakat supaya operasi bandar dipulihkan seawal mungkin.

 

Buat masa ini, mengatasi wabak lebih awal barulah membantu mengurangkan beban kerajaan dari jangka panjang dan juga membantu memulihkan rezeki masyarakat.