Projek Pengairan Binaan China Dirasmikan di Angola

2022-04-06 15:33:08  CRI
Share with:

Kemudahan fasa pertama dan kedua dalam kerangka Projek Pengairan Provinsi Cunene Angola yang dikontrakkan syarikat China telah siap dibina pada 4 April.

Delegasi pegawai kerajaan Angola yang diketuai Presiden, Lourenço dan perwakilan daripada pihak China telah menghadiri majis penyelesaian projek itu.

Menurut maklumat berkenaan, projek fasa pertama dan kedua tersebut berkemampuan membekalkan air minuman kepada penduduk dan ternakan di sekitar parit sepanjang 150 kilometer serta mengairi tanah tanaman seluas 5,000 hektar di Cunene.