Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Asia Pasifik Turun ke 5%

2022-04-06 15:04:43  CRI
Share with:

Dipengaruhi konflik antara Rusia dengan Ukraine, unjuran pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Pasifik pada tahun 2022 diturunkan kepada 5% daripada 5.4% yang dikemukakan pada Oktober lalu.

Menurut Bank Dunia (WB) pada Selasa, unjuran berkenaan akan diturunkan ke paras serendah 4% seandainya konflik terbabit berlarutan sedangkan pelbagai negara kurang pantas dalam menangani pengaruhnya.