PMI Industri Pengilangan Turun Bulan Mac

2022-04-06 15:45:06  CRI
Share with:

Menurut Indeks Pengurus Pembelian (PMI) industri pengilangan global bulan Mac diumumkan Persatuan Logistik dan Pembelian China pagi tadi, pertumbuhan industri pengilangan menjadi perlahan akibat impak pandemik COVID-19 dan konflik politik geografi, dengan mencatat 54.1%, iaitu menurun 0.8% berbanding bulan Feb, dan menurun 3.7% berbanding tempoh yang sama tahun yan lalu.

Jika melihat dari senario benua, penurunan PMI boleh disaksikan di Asia, Amerika dan Afrika dengan yang paling drastik di Eropah.

Pakar berkenaan menyatakan bahawa pelaksanaan dasar yang terbuka, kerjasama dan pembangunan inklusif merupakan kunci bagi pemulihan ekonomi global, antaranya kerjasama perdagangan multilateral perlu digalakkan dalam menangkis wabak COVID-19 dan dijadikan enji utama untuk merealisasikan pemulihan ekonomi. RCEP dan Kawasan Perdagangan Bebas Afrika dilihat teladan baik bagi kerjasama multilateral yang berperanan mendorong kerjasama dan pembangunan ekonomi serta perdagangan sedunia.