AS, Dalang di Sebalik Perang Dingin pada Abad Ke-21

2022-04-07 15:19:34  CRI
Share with:

Krisis Ukraine merupakan perangkap baharu yang dibuat Amerika Syarikat (AS) pada abad ke-21, dengan niat untuk mengekang Rusia dan mengawal Eropah demi memperkukuh hegemoni kuasa terbesar itu di dunia.

Dalam puluhan tahun lalu, AS mengetuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menghalang dan menyekat Rusia termasuk dalam bidang politik dan ekonomi untuk melemahkan negara tersebut.   

Drama serupa juga pernah dilakukan AS ke atas Kesatuan Soviet. Selepas ia berpecah belah, NATO yang diketuai AS terus menyekat ruang keselamatan Rusia melalui lima kali pusingan peluasan ke timur dan sering kali menyekat Rusia dalam bidang ekonomi.

Dalam pada itu, AS berniat untuk menghancurkan asas pemerintah Putin dari dalam, iaitu melalui syarat bagi melakukan “revolusi warna” di negara itu.

Meskipun situasi Ukraine berkait dengan sejarah yang kompleks, tetapi jika dipandang dari perspektif AS, ia sebenarnya satu perangkap terancang sejak sekian lama.

Washington pernah dua kali menggalakkan “revolusi warna” di Ukraine, memaksa Rusia masuk dalam perang dingin yang baharu dengan peluasan ke timur oleh NATO.

Selepas situasi Ukraine menjadi semakin meruncing, AS menggabungkan rakan Eropah melalukan sekatan paling hebat terhadap Rusia.

Jurnal “The National Interest” AS menerbitkan rencana yang berpendapat, kerajaan Biden mengekalkan polisi diplomatik perang dingin dari setiap aspek.

Namun, menurut jurnal itu, zaman perang dingin bukan merupakan zaman keemasan bagi hubungan diplomatik masyarakat antarabangsa, sebaliknya satu tragedi yang membawa jutaan rakyat terbunuh.