UNCTAD Menyambut Inisiatif Pembangunan Global

2022-04-07 12:02:43  CRI
Share with:

China menghargai sikap positif Setiausaha Agung Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan  (UNCTAD), Rebeca Grynspan berhubung Inisiatif Pembangunan Global,  menanti-nantikan berganding bahu dengan UNCTAD meningkatkan penyelarasan strategi dan mendorong pelaksanaan inisiatif terbabit demi menyahut cabaran  global.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian semalam, susulan kenyataan Grynspan baru-baru ini yang  berbunyi bahawa Inisiatif Pembangunan Global mempunyai kerangka asas dan arahan  keutamaan, berkait rapat dengan penambahbaikan kesejahteraan rakyat, dan  kondusif bagi pencapaian Agenda Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 2030. UNCTAD menanti-nantikan kerjasama dalam kerangka inisiatif tersebut yang merangkumi skim penyelidikan, penganalisisan dan teknologi yang  konkrit.

Zhao berkata, Inisiatif Pembangunan Global  yang berpandukan pelaksanaan Agenda 2030, bertujuan mengamalkan multilateralisme, menyemarakkan semangat perkongsian yang terbuka dan inklusif serta memegang prinsip berbincang, membangun dan berkongsi bersama, dan boleh diakses dalam senario global.

"China bersedia bersama dengan kesemua negara  dan rantau yang berminat, terutamanya pertubuhan antarabangsa dalam kerangka PBB memperhebat kerjasama, menggalakkan pembangunan yang menjadi perhatian  masyarakat antarabangsa, memperdalam hubungan rakan pembangunan global,  membentuk komuniti pembangunan global, dan menyumbang kepada usaha mempercepat  pelaksanaan Agenda 2030", kata Zhao.