Xi Bakal Hadiri Majlis Pengiktirafan Sumbangan Dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk

2022-04-07 11:51:41  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping akan menghadiri dan menyampaikan ucapan penting pada majlis pengiktirafan sumbangan cemerlang  dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 yang akan diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada pagi Jumaat.

Berlangsungnya majlis ini akan disiarkan secara langsung oleh Kumpulan Media China dan menerusi laman web media arus perdana negara ini yang melibatkan xinhuanet.com, people.com.cn, cctv.com dan china.com.cn, selain aplikasi media baharu yang dikendalikan Harian Renminribao, Agensi Berita Xinhua dan  Stesen Televisyen Pusat China.